Monday 24 June 2013

TANJUNG ARU




Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu(KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:


Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.


Pantai Kedua (Beach Two):
Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.


Pantai Ketiga (Beach Three):
Kawasan luar pantai di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.


TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU




Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara[2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m),Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala(4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.




Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya,Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.




Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.



Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat KadazanSabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

PULAU-PULAU TERKENAL DI SABAH

Negeri Sabah merupakan sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Borneo, bersama dengan negeri Sarawak.

Beberapa buah pulau yang menarik untuk dilawati di Sabah adalah seperti :

a) PULAU LAYANG-LAYANG




b) PULAU MEMUTIK




c) PULAU MANUKAN




d) PULAU SAPI



e) PULAU SULUG




f) PULAU SIPADAN



PETA SABAH






PENGENALAN

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU


Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri

 kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau

 ketiga yang terbesar di dunia.

Pendek kata,Sabah merupakan pilihan yang tepat sebagai sebuah destinasi pelancongan!